Korban dan Kesyukuran
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang
Tidak begitu mewah tapi cukup untuk hidup gembira
Aku tidak perlu gadget canggih dan lain lain barang
Sekadar ada yang aku perlu sudah buat aku bahagia
Hari Raya Korban ingatkan aku kisah Nabi Ibrahim dan anaknya
Nabi Ismail yang sanggup berkorban disembelih mengorban nyawa
Semata mata untuk mengikuti dan mentaati perintah Tuhannya
Bagaimana pula dengan kita yang sering terleka dengan dunia???
Aku lega tidak dikenakan ujian sehebat itu
Kerana aku tidak pasti apakah aku mampu
Adakah cukup kuat keimanan dalam diriku
Untuk merelakan diri disembelihkan ayahandaku
Makanya aku sedar pengorbananku selama ini terlalu kecil
Mendadak kurasa diriku tersangat kerdil
Yang selalu merasakan dunia ini tidak berlaku adil
Padahal ujian ke atasku hanya sebesar kerikil
Setakat korbankan cuti demi kerja apalah sangat
Setakat tak leh minum stabak tak perlu nak hangat
Ye dalam hati akan terdetik ralat yang memberat
Usahakanlah agar tertanam keikhlasan yang sarat
Pengorbanan begitu tak payah nak berkira sangat
Bertahanlah untuk sekadar beberapa 'saat'
Insya Allah kehidupan kita lebih rahmat dan berkat
Dengan keiklasan kita berkorban yang padat
yup
ReplyDeletekadang2 nak berkorban untuk tuhan bangun pagi pon susah kan
huhu
yup. apala sangat ngan semua yang Dia dah berikan kat kita selama ni.
Deletebest puisi ni ..mengajar erti kehidupan..
ReplyDeleteSalam aidiladha muja. :)
ReplyDeleteUntuk mencapai kejayaan memerlukan pengorbanan dan kejayaan itu adalah lebih indah dengan adanya pengorbanan.kann.
ReplyDeletepengorbanan itu bukan dari perbuatan, tapi lahir dari hati....selamat hari raya muja..sorry xsempat nk wat review tu...ni baru timbul dipermukaan alam maya
ReplyDeletetak pe kl :D
Deletebanyak maksud erti pengorbanan kan. semuanya bermula dari keinginan hati.
ReplyDeleteyup,,,, berbeza dari segi saiz dye mungkin,, huhuu
DeleteAs salam
ReplyDeleteHarta dan pangkat hiasan semata
Nikmat dunia yang selalu lalaikan kita
Jomlah beringat siapa dan mengapa
Kita dilahir di dunia yang sementara
terbaiklah Muja entri ni!