Posts

Showing posts with the label buku mudahnya belajar bahasa inggeris

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris- Buku Rujukan Dwibahasa

Image
Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris (MBBI)- Buku Rujukan Dwibahasa | BAssalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tak lama lagi, insya Allah, pelajar PISMP 2013 akan mula menerima surat posting untuk mengajar di sekolah. Tak lama lagi jugalah aku akan mula bergelar seorang guru Bahasa Inggeris yang sebenar. Bukan lagi guru pelatih macam masa aku buat praktikum di Sekolah Kebangsaan Melor dan Sekolah Kebangsaan Panji dulu. Antara persediaan aku untuk menjadi guru bahasa Inggeris yang bagus adalah mengimbau kembali ilmu bahasa Inggeris yang aku belajar selama ini. Salah satu perkara yang aku lakukan adalah mendapatkan buku rujukan dwibahasa bertajuk Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris  atau lebih dikenali dengan nama Buku MBBI . Aku memang sudah lama berkenan dengan buku dwibahasa selepas menulis artikel tentang kelebihan penggunaan buku dwibahasa untuk pengajaran bahasa kedua . Buku ini akan sangat berguna untuk mengajar bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua Mal...

Testimoni Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris (MBBI)

Image
Testimoni Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Terima kasih sangat sebab masih sudi singgah dan membaca blog ini. Alang-alang korang singgah, mohon doakan kami pelajar IPG yang tamat pengajian 2016 cepat-cepat dihantar ke sekolah supaya cepat kami merasa gaji. Barulah boleh terus bayar internet so that boleh terus menulis dan berkongsi ilmu di sini. Betul tak? Sebelum ini, aku ada menulis 2 buah artikel tentang pembelajaran Bahasa Inggeris . Insya Allah, akan datang, aku kongsikan lagi. Korang boleh check them out dulu di link di bawah ini. 5 Cara Membantu Anak Membaca Secara Efektif 5 Kebaikan Buku Dwibahasa Untuk Belajar Bahasa Inggeris Sekarang, aku ingin kongsikan pula buku rujukan Bahasa Inggeris yang aku sendiri akan gunakaN apabila aku mula mengajar di sekolah rendah tidak lama lagi; Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris . Kalau jadilah buat kelas tambahan Bahasa Inggeris untuk jiran sebelah rumah aku, buku ini jug...

5 Cara Ibu Bapa Boleh Membantu Proses Pembacaan Anak Menjadi Lebih Efektif

Image
5 Cara Ibu Bapa Membantu Proses Pembacaan Anak Menjadi Lebih Efektif | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dalam artikel sebelum ini, aku ada menceritakan tentang 5 Kebaikan Penggunaan Buku Dwibahasa untuk para pelajar menguasai bahasa kedua. Dalam konteks kita orang Malaysia, Bahasa Inggeris. Kali ini, aku ingin cadangkan pula 5 cara ibu bapa boleh membantu memaksimumkan proses pembacaan anak-anak supaya menjadi lebih efektif.  Keberkesan proses pembacaan pasti akan bertambah baik dengan beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikan yang kita mampu lakukan. Ia termasuklah cara membaca dan suasana pembacaan. Untuk melihat perubahan positif yang jelas, kita perlu melakukan beberapa pengubahsuaian yang boleh memotivasikan pelajar untuk bekerjasama kerana ramai yang menganggap belajar dan membaca sangat membosankan.  Untuk mengelakkan masalah ini, ada beberapa faktor yang kita boleh perhatikan untuk dibuat pembaikpulihan. 5 Cadangan Untuk Membantu Anak-...

5 Kebaikan Penggunaan Buku Dwibahasa Untuk Menguasai Bahasa Inggeris

Image
5 Kelebihan Penggunaan Buku Dwibahasa Untuk Menguasai Bahasa Inggeris | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Guru dan ibu bapa pada zaman sekarang sangat mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Aku juga akan berada dalam kalangan ibu bapa dan guru itu tidak lama lagi. Pendidikan sangat penting sebab ia boleh dikatakan faktor penentu masa depan anak-anak apabila mereka menjadi dewasa. Sekarang juga, kebolehan bertutur lebih daripada satu bahasa turut ditekankan dalam sistem pendidikan di Malaysia.  Kelebihan ini memberikan nilai tambah kepada seseorang pelajar apabila berada dalam kelompok pelajar yang mencapai tahap yang hampir sama dalam ujian formal. Contohnya, apabila semua pelajar mendapat 10A, kelebihan bertutur dengan lancar dalam bahasa lain selain bahasa ibunda akan menjadi satu kelebihan yang besar bagi seseorang pelajar. Kelebihan ini akan membantu pelajar tersebut untuk menyediakan resume yang lebih baik. Kelebihan seperti ini juga memberikan peluang yan...