Posts

Showing posts with the label review restoran

Ingin Merasa Aroma Daging Salai Yang Sempurna? Cubalah Gaya Negeri Sembilan Ini

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Baru-baru ni, aku diperkenalkan oleh Nik dengan kesedapan daging salai. Kalau di Kelantan, kami biasa makan daging bakar je dan selama ni, aku ingatkan daging salai itu sama je dengan daging bakar, but I was totally wrong!  Mereka berbeda sama sekali ya adik kakak. Apetah lagi apabila daging salai itu sejenis yang asal dari Negeri Sembilan. Masak lemak pulak. Sedap hingga menjilat jari tangan dan kaki. Fuuh!  Daging salai masak lemak cara Negeri Sembilan. Tapi tu la, benda sedap ini ada satu masalah. Masalah untuk bagi dia rasa sedap dan sempurna. Bau dia, aroma dia, mesti tepat. Barulah daging salai namanya. Disebabkan ramai sangat peminat daging salai ini tidak punya kesempatan, kelapangan dan kerajinan untuk menyalai, makanya silalah dapatkan aneka masakan berasaskan daging salai di Restoran Salai Salai . Restoran Salai-Salai di Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur Mudah untuk parking kereta. Restoran Salai-Salai sememangnya terke...

Kgrill Kota Bharu, Restoran BBQ Pertama di Kelantan

Image
Kgrill Kota Bharu, Restoran BBQ Pertama di Kelantan |Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Masa dekat nak final semester exam hari tu, Pia ada mintak tolong aku ambil dia dekat stesen bas Tesco. Alang-alang dah pergi Tesco dengan Ain dari Pengkalan Chepa, aku ajak dorang makan di Restoran Kgrill . Matlamat aku kan nak makan di banyak tempat makan best di kawasan Kota Bharu sebelum tamatkan pengajian. Nilah salah sebuah tempat yang aku pergi dan berpuas hati. Restoran Kgrill- Restoran BBQ Wajib Singgah di Kelantan Restoran Kgrill Kota Bharu ini senang sangat nak jumpa sebab bangunan dia berhadapan dengan pintu belakang KB Mall. Insya Allah tak sesat sebab memang terletak di tengah-tengah banda. Kalau tak silap, ia terletak di bahagian atas Celcom Centre. Jadi, pelanggan kena naik tangga yang disediakan di bahagian tepi bangunan. Kalau ada yang tidak mampu, boleh call pihak restoran sebab mereka ada sediakan lif di bahagian dalam. Memang sangat menjaga kebajikan pel...

Villa Harley Cafe Kota Bharu- Review Tempat Makan Western Sedap dan Murah di Kelantan

Image
Villa Harley Cafe Kota Bharu- Review Tempat Makan Western Sedap dan Murah di Kelantan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Apabila kita pergi bercuti, antara perkara paling penting adalah memilih tempat makan. Betul tak? Kalau betul, kita serupa. Kalau salah, sila pentingkan selepas ini sebab tempat makan menarik yang sedap dan murah sudah menjadi salah sebuah elemen tarikan pelancong. Tempat makan antara tempat di mana kita dapat meluangkan masa terluang dengan yang tersayang sambil mencipta memori indah untuk dibawa pulang. Insyirah, Mujahidah, Izzatul, Laila, Syafiqah. Ada tak yang ingin berjalan-jalan di Kelantan? Apabila bercuti di Kelantan, tempat makan adalah benda paling tak perlu dirisaukan sebab terlalu banyak tempat makan seperti Mee Celup Golok di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Bila perut lapar je, perhatikan tepi jalan. Mesti nampak berderet-deret tempat makan. Jadi, lagi baik sediakan senarai tempat makan yang ingin dikunjungi kalau tak knak me...

Makan Besar dengan Bos di Madam Kwan's, Pavilion

Image
Makan Besar dengan Bos di Madam Kwan's, Pavilion | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tak habis lagi kisah jenjalan di Kuala Lumpur. Sekali lagi terima kasih sangat dengan Swiss Garden Residences Kuala Lumpur sebab dah sudi sponsor penginapan mewah dan Primer Clinic yang sponsor laser treatment yang dah buat kulit aku makin tak perlu mekap banyak. Thank you so much! Kalau tak de korang, tak bermakna perjalanan aku hari tu. Kih3 Nasi Bojari Nak cerita pengalaman pertama aku jejak kaki di Pavilion pulak. Yes, that was my first time and dont judge. Masa tu juga, first time aku nampak Sephora di Starhill. Magnificent view of colours! Thanks to my boss sebab sudi bawa kami 3 orang dan belanja lunch kat sana. Kitorang pilih satu makanan satu minuman. Bos tambah pula starter. Baik sungguh la. best gila makanan yang ada kat Madam Kwan's ni. Macam-macam makanan ada. Sedap pula tu. Starters for everybody First thing first, Madam Kwan's ni restoran ...