Kota Bharu Street Art- Sesi Fotografi dengan Zenith Freelance Photo and Videographer
Kota Bharu Street Art- Sesi Fotografi dengan Zenith Freelance Photo and Videographer | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Untuk yang sudah membaca entri tip pembentangan mesti sudah tahu yang aku telah berjaya menamatkan semester terakhir aku di IPGKKB bulan November lepas. Sekarang, sementara menunggu keputusan exam, panggilan temu duga dan posting ke sekolah, bolehlah aku fokus kepada blogging sekejap. Yeaayyy! :D Sepanjang menghabiskan masa-masa terakhir di IPG dengan kawan-kawan aku pun, aku tak pernah lupa pasal blog aku ni tau. Cuma, tak sempat dan malas nak update. Nak update satu blogpost bukan senang. Seharian juga. Dengan study lagi. Apa-apa pun, mana sahaja aku pergi, aku selalu ambil gambar di banyak tempat menarik sebagai material blog. Lepas ni, banyak benda menarik akan diupdate termasuklah tempat makan dan tempat ambil gambar menarik di Kelantan. Jadi, buat yang bercadang untuk bercuti dan berjalan-jalan di Kelantan, sila keep updated. Tak meny...