Posts

Showing posts with the label NAZHAN

Ulangtahun Ke 4 Beranak Anak Pertama, Si Nazhan.

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tarik nafas, lepas. Repeat 12x. Nervous betul memikirkan masa yang terlalu pantas berlalu terutamanya sepanjang berkurung sepenuh masa di rumah. Sedar-sedar, Nazeem dah 2 tahun . Sekarang, abangnya Si Nazhan, dah masuk umur 4 tahun. Kesiannya anak-anak kita, membesar dalam rumah je. Berdoa selalu ye, keadaan akan jadi normal semula. Amiin. Nazhan, 4 Tahun Dah You Jadi Anak I Terima kasih Nazhan Kau yang pertama memberikanku gelaran seorang ibu Yang Allah hantarkan menemani hari-hari sepiku Mengisi kekosongan mendalam di lubuk hatiku Terima kasih anak sulungku Hadirmu menghapuskan satu dosa besar dalam hidupku Semoga mengurangi bebanan dosa di timbangan amalanku Semoga memberati amalan pahala, untuk syurga yang dituju Ya Allah, thank you so much for the best son You gave me, that I don't deserve. Terima kasih permata hatiku Telah memberikanku tujuan hidup  Untuk menjaga dan melindungimu Melahirkan kekuatan dari dalam diriku  Yang ...

Shopping List Untuk Makanan Anakku Nazhan

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sejak aku jadi bini, aku mula memasak. Sejak aku jadi mak, aku suka masak. Tapi, lagi suka masak untuk anak sebab dia makan je apa aku masakkan. Tak banyak kerenah. Tak banyak cerewet.Untuk abi dengan uminya, sukatan gula dengan garam nak kena jaga. Leceh... :P Seminggu sekali, biasanya aku dengan Nik akan ke Econsave untuk topup barang makanan. Bila beli barang makanan, yang penting kenalah halal, tiada gula tambahan, tiada garam tambahan untuk bayi bawah 2 tahun. Walaupun dulu mak-mak cakap nak kena tambahkan juga garam untuk bagi ada rasa, no no no. Setakat ni, Nazhan makan elok aja walaupun aku tak tambahkan garam sebab deria rasa bayi lebih kuat berbanding deria rasa orang dewasa. Tanpa kita sedar, dalam makanan semulajadi yang kita beli tu, sudah ada sodium dorang sendiri. Kita juga ada bahan-bahan organik yang boleh dijadikan penambah perasa. Ikan bilis, seleri atau keju untuk rasa masin. Kurma, madu (above 1 year old) atau b...

6 Resepi Ringkas Untuk Baby Nazhan

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Nazhan kan dah lebih setahun, akikah pun dah settle, jadi sekarang memang masak hari-harilah untuk beliau and I am just very happy to do it sebab aku pun boleh makan sihat sesama. Kalau dia tak habiskan, aku la yang habiskan. Bila dah habiskan, aku pun kenyang. Tak makan lain dah. Win-win situation between Umi and his son. Bacalah cara-cara masak nasi tanpa kerak . Lagi sesuai nak bagi kat anak. Elemen paling penting dalam penyediaan makanan bayi mestilah: tekstur yang sesuai dengan umur. boleh blend, boleh tumbuk, boleh cincang. bergantung kepada umur, bilangan gigi, dan kehendak anak sendiri. ada protein, karbohidrat, fiber, vitamin, and so on. jadikan makanan lebih pelbagai. bebas GARAM- sistem penghadamannnya belum matang untuk hadamkan garam sebelum 2 tahun. Jadi, salt-free is very important to protect the kidneys. bebas GULA- mengelakkan anak ketagih gula which can lead to early diabetes. pengenalan kepada gula pada u...

Pindah Rumah, Birthday dan Akikah Nazhan

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alhamdulillah sangat. Kami sudah tidak menyewa. Betullah anak itu pembawa rezeki. Lepas raya hari tu, pindah. Dekat aja dengan rumah sewanya. Direzekikan untuk duduk rumah sendiri walaupun kena atur bajet bulanan ketat sikitlah. But for me, still better than habis beribu-beribu setahun untuk bayar sewa. Abis banyak bulan-bulan, tapi untuk rumah kita, rasa lebih berbaloi. Nak decorate or nak buat apa-apa pun kat rumah tu, tak de rasa serba salah, serba tak kena macam dulu. So far, so good walaupun daripada shopping sebulan sekali berubah kepada shopping 2 bulan sekali. No big deal pun for me. Chill je. Memula nak pindah hari tu, yang paling rungsing mestilah bab pengasuh.Nak dijadikan cerita. Dalam duk cari pengasuh tu, aku tersinggah kat satu kedai ya ng jual barang Ikea. Sembang punya sembang, asal Terengganu. Lagi syok nyembang. Kak Ikin namanya. Dia masukkan nombor hp aku dalam group wanita perumahan aku. Memang sepakat membawa...

Meet My Son, Nik Muhammad Nazhan bin Nik Nashram

Image
Dia dah setahun baru nak publish entry and I know you will read this with an open heart. Kan? :p Nama: Nik Muhammad Nazhan bin Nik Nashram Tarikh lahir: Jumaat, 18 Ogos 2017 Berat lahir: 2.41kg Waktu kelahiran: 11.05 malam Tempat kelahiran: Hospital Universiti Sains Malaysia Pengalaman melahirkannya: Start contraction olok2 malam Rabu. Warded petang Khamis.  Start contraction betul dinihari Jumaat sampailah dia dilahirkan.  6 jahitan semasa episiotomy. Alhamdulillah. Sekarang, Nazhan dah setahun lebih. Alhamdulillah, Nazhan seorang anak yang sihat dan kuat. Alhamdulillah, Nazhan sudah boleh senyum, terkekek kekek ketawa bila diagah oleh Nik. Alhamdulillah, dia mula berjalan semasa 9 bulan lebih. Alhamdulillah, dia sudah boleh berlari ke arah aku bila aku mendepangkan tangan untuk memeluknya. Alhamdulillah, untuk everything yang dia sudah mampu lakukan. Untuk segala kebahagiaan, kegembiraan, senyuman, gelak tawa, tang...