Posts

Showing posts with the label food review

Ingin Merasa Aroma Daging Salai Yang Sempurna? Cubalah Gaya Negeri Sembilan Ini

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Baru-baru ni, aku diperkenalkan oleh Nik dengan kesedapan daging salai. Kalau di Kelantan, kami biasa makan daging bakar je dan selama ni, aku ingatkan daging salai itu sama je dengan daging bakar, but I was totally wrong!  Mereka berbeda sama sekali ya adik kakak. Apetah lagi apabila daging salai itu sejenis yang asal dari Negeri Sembilan. Masak lemak pulak. Sedap hingga menjilat jari tangan dan kaki. Fuuh!  Daging salai masak lemak cara Negeri Sembilan. Tapi tu la, benda sedap ini ada satu masalah. Masalah untuk bagi dia rasa sedap dan sempurna. Bau dia, aroma dia, mesti tepat. Barulah daging salai namanya. Disebabkan ramai sangat peminat daging salai ini tidak punya kesempatan, kelapangan dan kerajinan untuk menyalai, makanya silalah dapatkan aneka masakan berasaskan daging salai di Restoran Salai Salai . Restoran Salai-Salai di Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur Mudah untuk parking kereta. Restoran Salai-Salai sememangnya terke...

Dapatkan Kurma Ajwa Premium daripada Rihura Herbs Enterprise

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sedar tak sedar, dah nak sampai hujung tahun 2020 dah kita. Dek kerana Covid-19, setahun berlalu macam itu sahaja tahun istimewa yang ditunggu-tunggu selamat ini. Allahu. Macam-macam musibah datang tapi jangan sekali kali kita lupa hikmah yang jauh lebih banyak tak terkira. Teruskanlah berdoa agar kita semua kekal sihat dan bahagia walaupun tak boleh pergi mana-mana, duduk di rumah sahaja. Best apa boleh spend long long hours dengan famili tercinta. Bukankah itu juga salah satu hikmahnya?  Di masa-masa macam ni, aku yakin semua orang mencari-cari cara terbaik untuk mengekalkan tahap kesihatan optimum supaya tahap imuniti badan sentiasa tinggi. Yup, antibodi kita sendiri kena kuat untuk menghadapi segala jenis bakteria dan virus terutamanya yang masih tiada kaedah rawatan dan perubatan khusus seperti Covid19 ini. So, jomlah kita amalkan salah satu makanan sunnah untuk meningkatkan tenaga dan kesihatan kita iaitu, Kurma Ajwa Premium. Rihu...

Apa Nak Buat Bila Lapar Semasa PKP?

Image
Assalaamualaikum wbt. Bagaimana semua orang kat rumah? Semoga sihat semuanya. Untuk kekal sihat, patuhilah arahan #StayAtHome #dudukrumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. Sama sama kita putuskan rantaian wabak COVID-19.  Tak dinafikan PKP yang diarahkan oleh kerajaan gara-gara COVID-19 memang buat kita hilang arah. Daripada bebas, kita terkurung. Daripada boleh pergi mana sahaja ikut suka, kita terpaksa tetap di rumah. Daripada boleh makan di warung dan restoran kegemaran kita, kita terpaksa makan di dapur rumah masing-masing. Ya, jangan tak tahu, antara benda yang paling menekan perasaan adalah bab makan.   Tambah-tambah untuk kita yang selalu makan di luar. Tak kira la kat warung ke, restoran ke, semua orang ada tempat kegemaran masing-masing. Kalau dulu, soalan 'Nak makan kat mana? Nak makan apa?' menjadi igauan setiap hari. Betapa banyaknya pilihan yang ada. Sekarang? Ramai yang terpaksa mula menjengah ke dapur, isikan bahagian rak yang kosong...

Kopitiam Kita- Roti Titab Sedap Macam Tak Percaya!

Image
Roti Titab di Kopitiam Kita Memang Lain Dari Yang Lain | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sepanjang aku duduk kat Pengkalan Chepa, 5 tahun masa sekolah menengah, pastu hampir nak habis dah 5 tahun setengah lagi di IPGKKB, baru berapa kali je aku sarapan di Kopitiam Kita. Tak silap aku, baru dua kali. Sebabnya, hujung minggu, aku selalu balik rumah kat Pasir Puteh. Hari lain mana boleh keluar sarapan kat luar sebab hari-hari, kelas biasa start pukul 7.45 pagi. Alasan aku boleh diterimakan? Sangat memalukan juga bila orang luar tanya aku,' Kopitiam Kita kat mana ek ?' dan aku,'Krikk.. Krikkk'. Padahal, Kopitiam Kita terletak dalam 10 minit je kot dari IPG. Popularnya Kopitiam Kita ni memang tak boleh nak nafikan sebab menteri, artis, pelancong, semua pakat datang sini kalau ada di Kelantan. Kawan aku dari KL pun request aku bawa dorang sarapan kat sini. Aku pula? Dah final year baru nak terhegeh-hegeh mengajak room mate aku datang sarapan kat sini. B...