Posts

Showing posts with the label islamik

Pelayaran Islamik 3.0| Cara Baru Tarik Orang Hadiri Program Agama

Image
Pelayaran Islamik 3.0:| Cara Tarik Orang Hadiri Program Islamik | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Satu perkara aku nak mengaku, susah bebenar aku ni nak mencongokkan diri dalam masjid untuk hadiri majlis agama. Last aku istiqamah dengan ceramah agama, masa aku kat SMS Tengku Muhammad Faris Petra . Sebabnya wajib. Kalau tak, astaghfirullahalaziim. Apa nak jadilah dengan aku nih. T_T Aku terfikir, kalau aku macam ni, mesti ramai yang kat luar sana pun macam ni jugak. Aku tertanya-tanya penyelesaian untuk masalah ini, masalah orang ramai sangat malas untuk tambah ilmu agama. Benda baik kan, memang susah nak succeed sebab banyak pengaruh setan. Tambah-tambah zaman sekarang ni, banyak bebenar alasan untuk tidak melangkah ke masjid . Aku sedar, tapi macam mana nak ubah ni. Cer cite kat aku! :'( Antara penyelesaian yang boleh aku cadangkan, iklankan banyak-banyak kat media massa termasuklah tv dan internet,  pengisian yang up to date dengan perkembangan terkini,...

Kenapa Aku Unfollow Orang Islam Tak Tutup Aurat Di Media Sosial

Image
Kenapa Aku Unfollow Orang Islam Tak Tutup Aurat Di Media Sosial | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sejujurnya, aku mahu mengakui beberapa perkara. Yang sebenarnya, aku selalunya akan unfollow profile orang Islam yang buka aurat beliau sebab "aku seorang yang pentingkan diri sendiri.  Ya, aku selfish." Nampak tak betapa marahnya aku??? Banyak sebab aku unfollow or unfriend orang Islam tak tutup aurat di media sosial terutamanya di Facebook. Paling utama adalah, aku tak nak aku tertengok, terlike, tershare apa-apa yang mereka buat di Facebook sebab setiap perkara itu akan menyebarkan profile mereka. Ini yang pertama. Sekali lagi aku tegaskan, aku selfish, pentingkan diri . Aku unfollow sebab aku kena jaga diri sendiri. Bukan dorang. Aku ada kepentingan yang aku kena jaga di dunia dan di akhirat. Aku nak hidup bahagia di kedua-dua tempat. Aku tak nak menderita di mana-mana. Ya, aku mengaku. Aku sendiri masih teruk lagi. Stoking kaki tak lekat...

Maulidur Rasul Yang Menggamit Rindu

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh Maulidur Rasul datang lagi Menggamit rindu pada Baginda yang tidak terperi Alangkah indah andai Baginda masih di sini Menemani umat Baginda yang kosong hati Ya Rasulullah SAW kesayangan sekalian manusia Selawat dan salam ke atasmu yang pengasih lagi mulia Sesungguhnya kami sangat mencinta Walaupun kita tak pernah bersua Ya Rasulullah SAW kerinduan kami semua Alangkah cemburunya kami dengan dia Pengemis Yahudi buta yang suka membencimu dan mencela Dapat merasa makanan dari tangan manusia mulia Ya Rasulullah SAW kecintaan di langit dan di bumi Insya Allah kita akan bersua juga suatu hari nanti Di saat kita bertentang mata kuharap aku kau kenali Sebagai umatmu yang kau selalu mencintai Ya Rasulullah SAW yang kami semua sanjungi Saat itu aku ingin luahkan segala isi hati Betapa dirimu kami rindui dan cintai Semoga dirimu sudi memberi syafaat ke atas diri ini Ya Rasulullah SAW Akhlakmu semoga menjadi akhlak kami Walau...

Intipan Allah SWT VS Intipan NSA

Image
ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.  tadi muja baru lepas baca berita di Astro Awani yang pakar memberitahu bahawasanya Tiada Apa Yang Boleh Lindungi Kita Daripada Intipan NSA . tetiba hati ni rasa takut sangat. tetiba rasa nak menangis la, tak senang duduk. rasa diperhatikan. nak mandi pun nak senang la senang citer. then it crossed my mind; bukankah selama ini memang kita hidup dalam keadaan diperhatikan? ALLAH sentiasa memerhatikan kita, 2 malaikat setia mencoret amalan baik dan jahat di kedua-dua bahu kita, syaitan yang sentiasa mencari peluang dan ruang menjerumuskan kita ke neraka. kenapa lepas tahu diintip NSA je muja rasa terancam nyawa? sepatutnya kita dah rasa biasa. ia sudah normal bagi kita. apalah sangat intipan manusia berbanding intipan ALLAH yang Maha Bijaksana. SUMBER mula teringat di fikiran, sehebat mana pun NSA tetap tak boleh lawan kehebatan ALLAH yang Maha Kuasa. rasa takut yang mulanya mencengkam terus ...

Korban dan Kesyukuran

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang Tidak begitu mewah tapi cukup untuk hidup gembira Aku tidak perlu gadget canggih dan lain lain barang Sekadar ada yang aku perlu sudah buat aku bahagia Hari Raya Korban ingatkan aku kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang sanggup berkorban disembelih mengorban nyawa Semata mata untuk mengikuti dan mentaati perintah Tuhannya Bagaimana pula dengan kita yang sering terleka dengan dunia??? Aku lega tidak dikenakan ujian sehebat itu Kerana aku tidak pasti apakah aku mampu Adakah cukup kuat keimanan dalam diriku Untuk merelakan diri disembelihkan ayahandaku Makanya aku sedar pengorbananku selama ini terlalu kecil Mendadak kurasa diriku tersangat kerdil Yang selalu merasakan dunia ini tidak berlaku adil Padahal ujian ke atasku hanya sebesar kerikil Setakat korbankan cuti demi kerja apalah sangat Setakat tak leh minum stabak tak perlu nak hangat Ye dalam hati akan terd...

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Image
ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.  Ibadat dalam Islam mempunyai ciri-ciri tersendiri yang berbeza sama sekali daripada konsep ibadah dalam agama dan kepercayaan yang lain. Antara ciri-ciri tersebut adalah tidak ada sebarang perantaraan antara Allah dan manusia dan ibadat dalam Islam tidak terikat dengan sesuatu tempat atau masa yang tertentu. Firman ALLAH SWT yang bermaksud: "Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepadaKu"(Az-Zariyat:56) Ibadah dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu Ibadah Umum dan Ibadah Khusus . Kedua-duanya penting bagi umat Islam untuk dilakukan supaya dapat menjamin kedudukan di akhirat dan menjadi kewajipan seorang hamba kepada ALLAH SWT. Ibadah khusus , iaitu perkara yang wajib dilakukan oleh orang Islam sebagai satu cara mengabdikan diri kepada ALLAH SWT . Ia merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung dal...

kalau nak selamat di akhirat

Image
ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. pagi ni, umi aku tetiba sakit dalam dada. then dia gi Klinik Kesihatan Selising sebab walaupun dia doctor she just can't use the ECG on herself. aku risau giler. nak online memang tak la. lama gak la aku tunggu kat kaunter klinik. aku nak tanya cepat-cepat resultnya. alhamdulillah. umi tak de pape. hari tu pun terjadi benda sama. sakit dalam dada tapi everything is normal. it is so weird. betapa kesihatan dan kematian itu misteri. tiba-tiba aku jadi teringat tentang kematian . lagipun ada dalam draft entry bertajuk kalau nak selamat di akhirat . so aku delete gambar yang dah tak leh nak view tu (selalunya gambar yang dicopy kat facebook tak leh nak view kalau dah lama, dia jadi invalid. tak tahu kenapa). aku berfikir sejenak tentang strategi-strategi untuk selamat di akhirat . aku rasa yang kat bawah ni boleh kot membantu kita. sekadar memperingatkan kita benda-benda yang kita dah belajar time seko...