Projek Inovasi Pengajaran PISMP Semester 4- Game I'm Lost!

Projek Inovasi Pengajaran PISMP Semester 4 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sudah hampir tamat percutian selama seminggu barulah terasa nak update blog dengan jayanya. Mmm. Mungkin beliau sudah sampai Johor di saat aku menulis ayat ini. :'( Semasa semester 4, pelajar PISMP akan belajar subjek Seni Dalam Pendidikan. Ia termasuklah seni lukis, seni muzik, seni tari. Semualah. Tapi korang tak perlu pun jadi Picaso, Michael Angelo, and even Miley Cyrus. Setakat buat Big Book tu tak delah susah sangat kot. Jadilah diri sendiri sebab kita akan belajar yang asas je. Paling tidak pun kena hafal berapa jenis seni lukis, pualaman, tekapan, yada yadaa. Seriously aku tak hafal lagi. Perkataan inovasi kedengaran sangat menakutkan, betul tak? Sebenarnya tak pun. Pensyarah cakap, inovasi ni berlaku walaupun kita hanya melakukan sedikit penambahbaikan daripada barang sedia ada. Sikit pun ok. Asalkan bukan seratus peratus hasil ciplak karya orang lain. Be a little creativ...