Posts

Showing posts with the label parenting

Happy 1st Birthday My Love, Nik Muhammad Nazeem!

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Bila aku taip tajuk blogpost ini, tetiba jadi confuse, nak tulis hari lahir ke, hari jadi ke, ulangtahun. Sebagai guru bahasa, I chose Ulangtahun coz I find it the most correct and spon on word for birthday celebration. Tahun.. berulang.. get it? get it? *winkeyes So, last year, 2 setengah pagi, 19 Julai 2019, maka keluarlah seketul anak lelaki kedua daripada perutku which masa dia keluar, hilang terus kesakitan yang aku rasa dari petang. Allahuakbar. What an amazing creature a woman is. Boleh keluarkan manusia untuk kelangsungan spesies manusia. Bawa dalam perut dah 9 bulan, kena tanggung sakit bersalin lagi. If only I can record the birthing process which I didn't... I only I can post it on Instagram, which I didn't.. Baru balik dari kebun, potong kek. Well done. :) Now, I can see why the moms are the ones should be celebrating on their children's birthday. Yang paling magicalnya, birthday Nazeem jatuh tarikh ...

Akhirnya, Kau Nak Jugak Ye, Anak.

Image
Akhirnya, Kau Nak Juga Ye, Anak | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Being an EP Mom memang susah. Aku dah tulis segala cabaran menjadi EP Mom sebelum ini dan dengan adanya blogpost ini, aku dengan ini mengisytiharkan bahawasanya aku bukan lagi EP Mom. Kecuali masa Nazhan dah kenyang lepas balik dari rumah pengasuh. Menggagau juga aku cari breastpump. Tak nyempat nyempat nak pam, bersembur susu atas lantai. T_T Sorry tau kalau entri ni macam tak senonoh sikit for certain people. I can't please everybody.  Sekarang aku dah merasa kedua-dua keadaan. Breastfeeding mom dah. EP mom pun dah. Dua-dua pun ada kelebihan dan cabaran masing-masing. Not to say kekuranganla. Bila jadi EP mom, banyak perkakas nak cuci. Bila dah direct feeding, anak pula payah nak lepas. Kalau tak setengah jam mengempeng, tak sah. Kalau dia tidur cepat, cepatlah boleh bangun. Kalau dah mulutnya melekap sampai sejam, apa nak buat. Staylah kat situ sampai dia lepas. Nak minta dia lepas, sampai n...

Tasneem Naturel Balm- Set Lengkap Untuk Keselesaan Bayi Kita

Image
Bantuan Kecemasan Untuk Bayi Kita- Tasneem Naturel Balm | Assaalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku percaya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Yelah, bukan senang nak keluarkan seorang bayi daripada rahim ibu selepas dekat dengan 10 bulan dikelek ke sana ke mari dalam perut.  Bagi seorang ibu, keselesaan bayi mereka sentiasa berada pada ranking nombor 1. Kalau tidur, kena lena. Kalau makan, kena kenyang. Kalau mandi, kena bersih. Pendek kata, semua yang terbaik untuk anak kita sampai kita lupa, ada masanya, anak akan sakit perut, demam, dan selesema.  No, it is not our fault at all. So, don't waste out precious time blaming ourselves but, spend the time to find the cure. Kalau tak boleh pulihkan cepat, sekurang-kurangnya boleh memberikan kelegaan segera kepada anak. Kita kena selalu sedar yang anak kita manusia biasa. Biasalah kalau sakit demam or kembung perut. Antibodi belum kuat. Sistem pencernaan pun belum sempurna. TASNEEM N...

Bila Kau Seorang Ibu Yang Bergantung Kepada Breastpump- Kisah Seorang EP Mom

Image
Hargailah Ibu Yang Menyusu Badan   | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Nazhan tengah tidur, pinggan mangkuk, botol puting, dah settle basuh. Yang paling penting, pam susu pun sudah. Adalah 2 or 3 botol dalam peti. Setiap botol ada 2.5oz. Pukul 12 tengah malam lepas ni, pam lagi. Kalau dapat lagi 2.5oz, cukuplah untuk Nazhan sampai dia bangun tidur pagi esok. Sesi pukul 3 pagi memang jarang sangat aku buat sebab tu je masa untuk aku tidur dan rehat betul-betul. Start pukul 6 pagi esok, mengais susu lagi. Macam tulah hari-hari aku sepanjang cuti sekolah. Mengais dan mengais susu untuk bekalan susu ibu untuk anak aku, Nik Nazhan bin Nik Nashram. I really hope that all the sacrifices boleh overcome segala dosa yang aku telah lakukan dalam hidup aku. Manalah tahu, dengan setiap titik susu itu, boleh beratkan timbangan pahala di akhirat nanti. Insya Allah. Aku juga harap, segala kesakitan yang aku lalui akan menghasilkan anak yang beriman dan beramal soleh. Sem...