Semua Selesa Dengan Sneakers Sepanjang Masa Di Mana Jua

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alkisahnya, aku pergi ke Zoo Melaka hari tu pakai sandle. Dengan kawasan ala-ala hutan, berbukit bukau gitu. Adalah sangat tidak cerdik untuk tidak memakai kasut sneakers. Balik tu, Nik cakap lupa nak suruh aku dan anak-anak pakai sneakers je. Kalau pakai sneakers lagi berkali ganda selesa. Tak de la terpelecot banyak kali hari tu. Korang paling suka kasut jenis apa? Biasa aku tengok, tak kira lelaki dan perempuan, ramai yang memilih untuk mengenakan sepasang sneakers ke mana-mana saja, pada bila-bila masa. Tak kiralah pakai baju apa, sneakers tetap jadi pilihan. Bukan terhad kepada jeans dan t-shirt je. Baju kurung, baju melayu, tuxedo. Even a dress! Semua hentam pakai sneakers. Yang hairan, nampak cantik je semua. Cute! Nazhan acah-acah model Kiko. :D Semua Selesa Ber'Sneakers' Sahaja Kasut sneakers merupakan kasut bertutup penuh ala-ala kasut sukan. Walaupun nampak sama, ada bezanya. Kasut sneakers lebih kepada untuk kegunaan ya...