Posts

Showing posts with the label review buku

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris- Buku Rujukan Dwibahasa

Image
Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris (MBBI)- Buku Rujukan Dwibahasa | BAssalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tak lama lagi, insya Allah, pelajar PISMP 2013 akan mula menerima surat posting untuk mengajar di sekolah. Tak lama lagi jugalah aku akan mula bergelar seorang guru Bahasa Inggeris yang sebenar. Bukan lagi guru pelatih macam masa aku buat praktikum di Sekolah Kebangsaan Melor dan Sekolah Kebangsaan Panji dulu. Antara persediaan aku untuk menjadi guru bahasa Inggeris yang bagus adalah mengimbau kembali ilmu bahasa Inggeris yang aku belajar selama ini. Salah satu perkara yang aku lakukan adalah mendapatkan buku rujukan dwibahasa bertajuk Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris  atau lebih dikenali dengan nama Buku MBBI . Aku memang sudah lama berkenan dengan buku dwibahasa selepas menulis artikel tentang kelebihan penggunaan buku dwibahasa untuk pengajaran bahasa kedua . Buku ini akan sangat berguna untuk mengajar bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua Mal...

Modul UPSR Negeri Terengganu 2017- Set Modul UPSR Terbaik Untuk Pelajar Darjah 6

Image
Modul UPSR Negeri Terengganu 2017- Set Modul Terbaik Untuk Pelajar Darjah 6 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dari dulu lagi, aku selalu kagum dengan sistem pendidikan di Terengganu. Aku bukan sekadar percayakan khabar orang, tetapi telah melihat dengan mata dan mendengar dengan telinga sendiri semasa membuat lawatan benchmarking di Sekolah Tengku Mahmud . Rasa kagum dengan sekolah rendah cemerlang itu tidak hilang sampai sekarang terutamanya pada guru-gurunya yang sangat berdaya saing untuk menjadi yang terbaik. Terengganu, Negeri Yang Sangat Mementingkan Pendidikan Rakyatnya Terengganu pernah mempertahankan kecemerlangan sebagai sekolah terbaik UPSR selama 7 tahun berturut-turut sehingga dikatakan telah mencipta rekod negara. Tahun ini pula, pelajar SPM terbaik Malaysia juga dari Terengganu. Terengganu memang sanggup berhabis untuk pendidikan rakyatnya. Mereka sanggup memberikan pelbagai insentif dan bantuan kepada para pelajar. Aku sendiri pernah berasa c...

5 Cara Ibu Bapa Boleh Membantu Proses Pembacaan Anak Menjadi Lebih Efektif

Image
5 Cara Ibu Bapa Membantu Proses Pembacaan Anak Menjadi Lebih Efektif | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dalam artikel sebelum ini, aku ada menceritakan tentang 5 Kebaikan Penggunaan Buku Dwibahasa untuk para pelajar menguasai bahasa kedua. Dalam konteks kita orang Malaysia, Bahasa Inggeris. Kali ini, aku ingin cadangkan pula 5 cara ibu bapa boleh membantu memaksimumkan proses pembacaan anak-anak supaya menjadi lebih efektif.  Keberkesan proses pembacaan pasti akan bertambah baik dengan beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikan yang kita mampu lakukan. Ia termasuklah cara membaca dan suasana pembacaan. Untuk melihat perubahan positif yang jelas, kita perlu melakukan beberapa pengubahsuaian yang boleh memotivasikan pelajar untuk bekerjasama kerana ramai yang menganggap belajar dan membaca sangat membosankan.  Untuk mengelakkan masalah ini, ada beberapa faktor yang kita boleh perhatikan untuk dibuat pembaikpulihan. 5 Cadangan Untuk Membantu Anak-...

Diari Diet V2.0 | Senaman Saintifik 7 Minit Untuk Kurangkan Berat Badan

Image
Diari Diet V2.0 | Senaman Saintifik 7 Minit Untuk Kurangkan Berat Badan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Pada keluaran Mei-Jun 2013, Amerian College of Sports Medicine's Health & Fitness ada memuatkan sebuah artikel mengenai ' The Scientific 7-minute Wourkout ' atau 'Senaman Saintifik 7 Minit'. Biar betul boleh kurus dalam 7 minit je?? Khusyuk sebab Diari Diet 2.0 ni best. Tak bosan baca dengan illustrasi dia. Comel! :D Senaman yang disokong dengan penjelasan saintifik ini merupakan satu cara senaman yang mengambil masa selama 7 minit sahaja berpandukan kajian kecergasan terkini. Terdapat 12 senaman yang menggunakan berat badan sendiri sebagai beban. Semuanya tidak menggunakan sebarang alat senaman. Dengan hanya 7 minit, kita akan dapat faedah seperti bersenam selama berpuluh-puluh minit. Bersenam ini tak susah untuk nampak hasilnya, asalkan kita tahu cara. Senarai 12 Senaman Dalam 'Senaman Saintifik 7 Minit' 1. Jumping Jack...