5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini
5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Untunglah pengantin yang akan berkahwin selepas bulan Disember 2016 sebab semua berpeluang untuk menghadiri Malaysia Wedding Festival pada 23-25 Disember 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Sebelum aku kahwin dulu, tak dapat peluang macam ini. Semua keputusan dan pilihan, main taram. Tup tup, tak puas hati sana sini. Sebagai seorang yang pernah menjadi pengantin kecewa tahun lepas, aku sangat sangat sangat galakkan semua bakal pengantin untuk pergi dan tengok apa yang ada di Malaysia Wedding Festival ini. Insya Allah, tak menyesal sebab banyak kelebihan yang boleh didapati dengan mengunjungi tapak MEFA tahun ini. 1. Berpeluang Untuk Memilih daripada 100 Vendor Perkahwinan Apabila kita ingin melakukan perkara yang besar dan penting dalam seperti majlis perkahwinan, kita mesti teringin untuk membuat pilihan yang terbaik. O...