Posts

Showing posts with the label makanan bayi

Cara Bagi Anak Yang Memilih Makanan Untuk Makan Sayur

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Antara cabaran paling besar sebagai seorang ibu pada aku lah kan; memberi makanan berkhasiat untuk anak-anak. Bila jumpa misi kat klinik, manjang cakap anak tak cukup berat, anak tak cukup tinggi. Paling susah kalau anak sejenis macam Nazhan, the Picky Eater! Macam mana nak bagi makan sayur kalau setiap kali kita masak sayur, dia cakap,'Yekk, tak sedap!' -_-' Akhirnya, alhamdulillah ditemukan dengan Eatalian Express Outrageously Tasty & Healthy, Mixed Vegetable Pasta. Syukur sangat sebab EE Vege Pasta membolehkan kita memberikan mereka sayur-sayuran berkhasiat. Tanpa sedar pun mereka tengah makan sayur. Yelah sebab vege pasta ni memang sedap! Rebus je, makan macam makan jajan sambil tengok tv. Yummy! EE Mixed Vegetable Pasta, Pasta Sayuran Untuk Anak-anak Kita EE Vege Pasta dihasilkan dengan 4 bentuk berbeza iaitu  1. Star  2. Shell  3. Macaroni  4.Fusili.  Bagi ibu yang baru mula memperkenalkan pasta sayuran i...

Shopping List Untuk Makanan Anakku Nazhan

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sejak aku jadi bini, aku mula memasak. Sejak aku jadi mak, aku suka masak. Tapi, lagi suka masak untuk anak sebab dia makan je apa aku masakkan. Tak banyak kerenah. Tak banyak cerewet.Untuk abi dengan uminya, sukatan gula dengan garam nak kena jaga. Leceh... :P Seminggu sekali, biasanya aku dengan Nik akan ke Econsave untuk topup barang makanan. Bila beli barang makanan, yang penting kenalah halal, tiada gula tambahan, tiada garam tambahan untuk bayi bawah 2 tahun. Walaupun dulu mak-mak cakap nak kena tambahkan juga garam untuk bagi ada rasa, no no no. Setakat ni, Nazhan makan elok aja walaupun aku tak tambahkan garam sebab deria rasa bayi lebih kuat berbanding deria rasa orang dewasa. Tanpa kita sedar, dalam makanan semulajadi yang kita beli tu, sudah ada sodium dorang sendiri. Kita juga ada bahan-bahan organik yang boleh dijadikan penambah perasa. Ikan bilis, seleri atau keju untuk rasa masin. Kurma, madu (above 1 year old) atau b...