Pakaq Gomo Gymnasium Di Kota Bharu
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebenarnya, blogpost ini kena publish 2016 lagi sebab memang kejadian gambar-gambar semua masa aku muda remaja. Nazhan pun belum ada. Nazeem apatah lagi. Tapi, gara-gara sekian lama blogpost ni jadi pekasam dalam draft dan aku pun tak de jalan-jalan mana mana nak buat modal update blog sementara anak masih tidur, yup. Kita update pasal Pakaq Gomo Gymnasium di Kota Bharu. Jomlah Orang Kelantan, Kita Sihat Kita Selamat Walaupun aku sekarang di Muar, jiwa Kelantan itu masih membara tau. Jadi, kat sini aku nak menyeru sahabat handai di Kelantan sana, kalau ada masa, jejaklah ke Pakaq Gomo Gymnasium ini. Best sangat kat sini sebab peralatan dia memang pelbagai. Kawasannya luas. Ada support group. Kalau jenis nak bina badan, siap ada produk-produk yang disarankan oleh owner gym sendiri. Kalau korang berminat untuk istiqamah dengan senaman, korang bolehlah berkenalan dengan mereka yang sehati sejiwa dengan korang di sana. Jangan jadi maca...