Universiti Malaysia Kelantan Yang Cantik Dan Menenangkan

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. Universiti Malaysia Kelantan Yang Cantik Dan Menenangkan Sambungan daripada kisah melawat Amir di Sekolah Menengah Agama Tok Bachok, Muja dengan partners in crime pergi melawat Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok yang terletak di belakang sekolah Amir. Dekat sangat je universiti ni tapi tak sempat nak jelajah sepenuhnya masa hari pendaftaran Amir . Curious juga bila Kelantan ada universiti. Nak jugak tengok rupanya macam mana. Hebat tak hebat. Jom kita tengok. Logo Universiti Malaysia Kelantan Universiti Malaysia Kelantan adalah sebuah universiti yang mempunyai 3 kampus iaitu kampus Bachok iaitu kampus utama, kampus Jeli dan kampus Pengkalan Chepa. Kampus di Pengkalan Chepa tu yang Muja selalu hadap tiap-tiap hari sebab di sana, bangunan Universiti Malaysia Kelantan ni berhimpitan dengan deretan kedai di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa. Untunglah pelajar UMK di Pengka...