DCode Konsert Lagenda Amy Search dan Rakan-rakan Gempak Habis!
DCode Konsert Lagenda Amy Search dan Rakan-rakan Gempak Habis | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Seumur hidup aku, tak pernah merasa pergi konsert. Kalau di Jom Heboh dengan Vfest gitu, macam pernah. Kengkadang, teringin juga jiwa muda ini merasa sendiripengalaman konsert sebenar. Aku berkesempatan untuk pergi ke Konsert Lagenda Search pada 24 Disember 2016 yang lepas. Masuk percuma, siapa yang tak nak. Bukan selalu. Ye dak? Nasir, Amy, Din dan Kid. DCode Konsert Lagenda Search adalah konsert yang menggabungkan 4 orang ahli kumpulan Search iaitu Nasir, Amy, Din dan Kid. Ada juga beberapa artis lain. Konsert ini boleh dianggap sebagai sebuah comeback oleh kumpulan Search untuk menghargai semua peminatnya yang sentiasa setia walaupun selepas bertahun-tahun. Ia dianjurkan oleh Artist's Colony di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan. Apabila sampai, pengunjung dikehendaki mendaftar di meja pendaftaran. Selepas itu, kami diberikan gelang DCode. K...