Pengalaman Aku Dengan SGI Vacation Club- Swiss Garden Vacation Club Review

Pengalaman Aku Dengan SGI Vacation Club | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Beberapa minggu lepas, aku berasa sangat bertuah sebab berpeluang untuk menghadiri sebuah vacation preview oleh SGI Vacation Club yang dulunya dikenali sebagai Swiss-Garden International Vacation Club. Bila dah besar dan ada tanggungjawab, teringin juga bercuti dan berehat di tempat-tempat menarik yang selalu kita tengok dalam Instagram. Pada masa yang sama, kita juga menginginkan percutian dengan harga yang menarik Jadi, lebih baik aku kongsikan keistimewaan SGI Vacation Club ini. Pengalaman Menghadiri Vacation Preview SGI Vacation Club Aku dijemput menghadiri vacation preview untuk SGI Vacation Club melalui emel. Ia diadakan di Swiss-Garden Residences, Kuala Lumpur. Apabila selesai menghadiri vacation preview, aku diberikan baucer penginapan selama 3 hari 2 malam di sana untuk 2 orang. Kiranya, penginapan percuma ini adalah hadiah untuk kesudian mereka yang hadir semasa vacation p...