'Program Jalinan Ramadhan 1435H' Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor

'Program Jalinan Ramadhan 1435H' Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor - Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Rasa diri sebagai blogger tidak puas selagi tidak menulis tentang Ramadhan. Pasal hal dunia ligat je jari jemari tak berapa runcing menaip. Bila datang bab keagamaan, kemanusiaan, kenapa rasa berat bebenor. Asyik tangguh je. Rasa sangat loser diriku ini. :'( Jadi hari ini, tanpa mahu berlengah lagi, di saat internet masih menjadi, aku ingin mengwar-warkan kepada korang Program Jalinan Ramadan 1435H yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor. Program ini bertujuan untuk membantu golongan target termasuklah keluarga mualaf, fakir miskin dan ibu-ibu tunggal. Amat diharapkan agar program bermakna ini akan mendapat sambutan ramai dan mencapat matlamat yang telah digariskan. Apa salahnya melabur saham di akhirat yang terjamin tidak akan rugi dengan rezeki Allah bagi yang berlebih-lebihan itu kan? Tambah-tambah dalam bul...