Kau Yang Selamanya Sahabat

Kau Yang Selamanya Sahabat | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Disebabkan kerinduan melampau terhadap sahabat aku yang tanpa sebab kukuh tiba tiba diam membisu, aku nukilkan sajak ini untuk dia. Tak tahulah dia baca ke tak. Tak kisahlah. Hmmm :' Harap kita kekal selamanya. Jangan jadi macam dia ye? :'( Kau Yang Selamanya Sahabat Aku terpaksa mengaku aku sebenarnya rindu Rindu padamu yang terlalu Redahi saja lorong masa pemisah itu Kau selamanya sahabat Kenapa kau berdiam diri Apa salahku tidak mampu kau maafi Apa kau tidak tahu kau kurindui Kau yang selamanya sahabat Aku juga tidak mahu apa yang berlaku ini berlaku Alam seakan sunyi, semuanya bagaikan kaku Tiada kedengaran lagi bait bicara manismu Kau selamanya sahabat Sebegitu dugaanmu begitu berat Kegelapan memenuhi ruang penuh sarat Di hatiku pula bergolak hebat Yang jauh kuharapkan mendekat Walau tangan tidak berjabat Walau hati berdendam hebat Walau jiwa luluh sarah Kau selama...