cara basuh kemaluan dengan cara yang betul

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 


Kebersihan merupakan perkara yang amat dituntut dalam Islam..Sekiranya tidak diamalkan dan dipraktikkan dengan betul, segala ibadah yang kita lakukan tidak akan diterima oleh Allah..Bukan setakat tu saja, tak pasal-pasal dengan dosa pun kita kena tanggung sekali..So, kalau nak tahu macam mana nak basuh 'anu' dengan cara yang betul, meh baca kat bawah ni..



Bagaimana mencuci kemaluan dengan betul?

Lelaki:

Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Lepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.


Wanita:


Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.


Kenapa penting untuk kita membersihkan kemaluan dengan betul?


Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.


Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.


Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya ”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”. Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.


p/s: dekat dunia pun dah kena azab yang dasyhat, kalau kat akhirat entah macam mana..Betul atau tak cara kita selama ni, marilah kita sama-sama betulkan supaya diri kita bersih dan suci..


Sumber: SedakaSejahtera
muja copy dari SOCAI
 

Comments

  1. hmmm...peringatan untuk sume.kadang2 kena tengok dulu,dalam toilet tu ada orang lain tak.kang takut berdehem kuat sangat lak.hehehe

    ReplyDelete
  2. menarik . tq 4 d info , i though amaln berdehem tuh pompuan pown kena amalkan cz my ustzh dlu told me that , hehe , sori , rojak version , kui3 ~

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing..ada satu program kat astro oasis yg mendiskusikan tentang ini.. :)

    ReplyDelete
  4. seharusnya begitu la caranya..ha..dr kecik lagi harus d ajar ni tentang kebersihan

    ReplyDelete
  5. thnx for the info ~ seram plak rasanya...

    ReplyDelete
  6. klau xsilap, dr.fadzilah kamsah pernah ckp prempuan jgn berdhem.
    muja, kite copy utk share taw..

    ReplyDelete
  7. thanks join segmen entry terbaik jeritpekik..
    rasanya macam pernah dengar yang berdehem tu tapi ah lupa..sebaik baca ni..ingat balik.btw nice entry

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD