sila alert orang yang nak buat ga

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

bila aku join satu segment yang tanya aku kengkonon buat survey pasal jenis-jenis giveaway yang aku suka, tergerak pulak hati aku nak buat entry pasal benda ni. aku memang jenis orang yang ikut emosi banyak. eh, bab patahkan simcard aku buat entry lain. hari ni aku nak cerita pasal giveaway, contest, and segment dulu.

korang blogger kan? jarang kot non blogger datang baca blog. aku ni pun sejak ada blog baru baca blog. korang memang selalu la join 3 benda mentioned above kan? berlambak kot kalau bukak dashboard kan. tapi korang mesti jenis memilih jugak kan? korang main join je semua. eh, ia ke korang join sume? rajin giler weh. rajin daripada aku yang rajin ni. congaratulations!!! so aku jela ek yang memilih? aiyaaakkkkk. aku harap tak de yang terasa hati or nak tersinggung sebab ni entry untuk aku gitau and kongsi pasal ciri-ciri giveaways yang aku suka je. contohnya kalau ditakdirkan, di events yang korang buat tu ada mana termasuk dalam golongan yang aku tak suka tu, harap maaf sangat amat. seriously tak sengaja k.

Jenis giveaway yang AKU suka.
  • ga yang bagi hadiah gempak giler, boleh diguna, dan memang berguna. korang bayangkan hadiah dia tshirt, blouse, cardigan, tudung, ada tu baju kurung, perghhh best!!! kalau pun hanya satu hadiah aku tetap join kalau hadiah dia best. tak payah nak gi shopping setahun sekali dah nak renew attires dalam closet. cukup memadai dengan join ga. sekadar join giveaways camni dah buat aku suka walaupun menangnya tu tak tau lagi. korang lak hadiah camne yang korang suka? hehe
  • ga yang bagi hadiah banyak giler. kalau boleh sepuluh dan ke atas la. hadiah banyak tak bermakna sponsors yang aku kena like and follow pun banyak gak k. memang ga yang tawarkan banyak hadiah paling memikat hati. bayangkan hadiah ada 5, topup RM5 je sumer, yang join 200. berapa je percentage nak menang? see permainan di sini? ada gak bloggers yang macam buat ratio. kalau 50 peserta dia sedia 5 hadiah, kalau meningkat lagi bagi 10. kan best camtu? berbaloi-baloi kata kamdar :)
  • ga mudah dan simple untuk aku buat. contohnya bila nak suruh like, butang like terus ada dalam entry ga. tak perlu nak tunggu loading page fb dulu bagai. ada yang lagi hebat dulu, butang follow pun terus dalam entry. memang hebat giler ar bagi aku time tu bila organiser boleh buat sampai camtu untuk peserta. time ga aku dulu pun aku tak buat cenggini. lepas ni kalau aku terbuat ga, kena menuntut cara letak segala butang follow, like kat dalam entry ga terus. menyenangkan. confirm ramai nak join. kih3. pengajaran untuk diri sendiri.
  • ga yang simple and senang. hehe. yang ni is dynamic. kengkadang yang susah tu buat kita lagi teruja nak join. macam contest seo tu. perghhh. susah but still ramai yang join. tapi pandai-pandai la k, hadiah pun kena berbaloi la jugak dengan usaha. contest cenggini kena la bagi gadget ke, laptop ke sebiji. baru la orang nak join. korang bayangkan contest seo, hadiah topup RM 3. korang rasa ada tak at least sorang nak join. kalau sorang boleh la kot. confirm dia menang. kih3.
  • ga yang length dia tu memang masuk dek akal. kalau setakat sebulan tu aku rasa otak aku ni boleh terima lagi la. bukan macam ga aku dulu. see? aku dah terkutuk diri sendiri dah. betapa setiap pengalaman itu berharga. lama nak mati rasanya. hahaha. pengajaran untuk diri sendiri juga. tak sengaja. aku gi rekrut weh sebulan. tak sengaja. sungguh sungguh tak sengaja. uwaaaa!!!!
  Jenis giveaway yang korang tak berapa berminat. 
  • ga yang bagi hadiah kecik cenonet sekadar cantik and cute kurang buat nafsu nak join  ga bergolak. hehe walaupun aku tahu benda tu mahal, contoh anak patung, book marks. mahal. tapi aku jenis orang yang tak hargai seni and kecutean sangat. tapi ramai je orang yang suka. for me, aku suka benda yang saiz besar, baru nampak gah nak amik gambar masuk blog. haha. budak kecik bernama muja.
  • ga terlalu banyak sponsors. opps ga aku dulu berbelas sponsors. dem. terkutuk diri sendiri once again! kena like page, follow blog. tambahan pulak sekarang kena follow twitter. kalau 10 sponsor nak suh buat 3 benda ni, masak aku. tapi kalau letak butang sume dalam entry terus, aspek ni masih boleh dimaafkan. sesungguhnya aku jenis yang tak kedekut like and follow.
  • ga yang tak suruh buat benda-benda pelik. eg: letak banner yang buat blog berat, suruh buat review khas untuk sponsors ga dia, ga suruh tag sampai 5 padahal orang tu tak tau pun dorang kena tag. kalau tau pun still tak confirm dorang join. tag kat blog tak sama dengan tag fb. harap maklum. lain la kalau ditakdirkan ramai yang gi blog dia dengan link kat blog orang aku macam blog buasirotak buat tu. baru la aku tau aku ditag. but still, percentage nak tahu still sikit.
  • ga yang suruh kumpul likers paling aku benci. nape lak nak paksa orang like gambar kita? tak rasa ke kita bajet gambar kita tu tercantik sedunia? kita pun jadi orang riak sebab ramai yang like padahalnya yang like tu dipaksa semata? like pun sebab nak suruh kita like balik gambar dorang. aku pernah join sekali. ada satu malam tu rasanya aku kumpul likers. tiba-tiba aku rasa macam aku bodoh tak tau la kenapa. see? it happened. again.
  • ga yang jenis top referral pun aku rasa macam malas and teragak-agak sikit nak join sebab aku ni jenis malas nak promote. hehe. it depends macam biasa, kalau hadiah tu memang gempak giler macam CONTEST INI, baru rasa nak join. hehe
   Cara pemilihan pemenang yang korang rasa lebih adil?
  • it actually depends, kalau hadiah dia macam best giler, haruslah kena buat pengadilan melalui kesedapan and kebagusan entry. pernah terjadi aku dah giler-giler buat entry (hadiah gadget weh) sebab dia cakap judge on entry. tiba-tiba tukar guna random untuk hadiah wang tunai sahaja sebab kurang dapat sambutan. aku mengamuk dalam hati. giler!!!
  • kalau dah hadiah rm10 topup untuk 3 pemenang, random org sudah la.
   Hadiah giveaway yang korang suka ? 
  • aku suka la kalau giveaway tu hadiah dia gadgets. dah la senang nak join. tapi macam blog denaihati, tapi non hado la aku nak join. giler susah nak menang contest seo. aku jenis tak reti main seo ni weh. okay. perangai aku yang suka menyerah sebelum berperang ni jangan ditiru.
  • tapi bagi giveaway yang macam selalu aku join, aku suka sangat kalau hadiah baju lengan panjang stylo giler. idaman aku sekarang of course la peplum. lawa weh!!! konklusinya aku suka hadiah attire ni la. best. boleh guna jenjalan. free. hehe.
ps- korang lak macam mana? setuju ngan aku or ada lagi kriteria lain? share share share. mana la tahu aku nak buat ga lak pasni. kih3

Comments

  1. bgs entri nie...mcm sm jer dgn apa sy rasa....hehehehe...

    ReplyDelete
  2. @nasriz fardisza Wah,, kita ni dua hati satu jiwa la kan,, hehe

    ReplyDelete
  3. takut ada yang buat GA ekadar nak meraih follower...tapi hadiah sikit je...baik xpayah buat kan...hhee

    ReplyDelete
  4. rajin Muja..tpi serius, mmg btul..klu GA yg byk sgt sponsor kena like, follow bagai..masyaAllah...tpi, pengajaran utk lyeen yg bru berjinak2 buat GA ni..:P

    ReplyDelete
  5. hehhehe same la malas nak join kalo klik sano klik sini pening den yg slow nii.. hehe. tp semuanya ikut mood, kalo ras nk join, join.. kalo cm maleh assalamualaikum jela.. hee anyway gudluck muja ! :D

    ReplyDelete
  6. baru first time wat GA ari tuh... tapi sekadar suka-suka jer... rasa cam nak bagi hadiah... heee... ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD